Salah satu perkara yang semua orang inginkan ialah untuk awet muda.
Tadi saya ada baca artikel tentang perkara ini. Sebenarnya, proses penuaan memang akan berlaku, tidak boleh diberhentikan. Apa yang kita boleh buat adalah untuk melambatkan proses penuaan itu. Apa yang kita harap, walaupun umur telah meningkat tapi kita cuba pastikan tenaga dan keupayaan kita tidak menurun sejajar dengan peningkatan usia. Ada 10 tips untuk melambatkan penuaan. Saya harap saya ingat kesemua tip itu. Ok..saya cuba senaraikan dari apa yang saya ingat:
1. Jangan terlampau serious. Ada masa kita perlu ketawa dan menghiburkan diri dengan perkara-perkaara yang melucukan. Samada kita buat lawak atau dengar orang buat lawak hehe...
2. Pastikan kita sentiasa buat senaman kerana apabila usia meningkat oto-otot akan mengendur dan kurang padu. Dengan melakukan senaman kita akan melambatkan pengenduran otot kita. kalau fikir logik, kalau otot lambat mengendur, maknanya, kedut pun lambat le... Itu teori saya hehe... Tak pasti boleh pakai ke.
3. Apabila usia meningkat, secara semulajadinya postur badan aan berubah dimana kita akan lebih bongkok. Untuk mengatasi masalah ini selalu ongatkan diri untuk berjalan dengan dada ke depan , Ish... saya tak pasti apa bahasa yang sesuai diguna. mungkin mendabik dada kot. Dengan itu kita akan rasa muda sebab kita tidak jalan membongkok. Cuma jangan mendabik dada dalam erti yang lain dah lah hehe...
4. Kalau takut cepat nyanyuk,,,kena selalu gunakan otak. Jangan malas untuk berfikir atau malas untuk belajar perkara baru. Kalau kita selalu belajar perkara yang baru, sel-sel otak akan jadi aktif. kalau sel otak aktif...mana ada masa dia nak tidur hehe..Jadi, lambatlah kita nyanyuk,
5. Pastikan kurang mengambil makanan segera sebab makanan segera banyak mengandungi bahan pengawet . Kalau bahan pengawet itu boleh mengawetkan usia kita , bolehlah kita ambil dengan banyak hehe. Tapi apa yang berlaku sebaliknya, ia mempercepatkan proses penuaan.
6. Cuba banyak bergaul. Pergaulan dapat menceriakan kita.
7. selalu buat stretching, digalak melakukannya sebelum tidur.
Nampaknya 7 aje yang saya ingat... yang 3 lagi tu cari sendirilah. Kalau dapat amalkan yang di atas sudah cukup baik.
Sama-samalah kita
No comments:
Post a Comment